Achik Spin Meninggal Dunia - Gambar & Video

Achik Spin

Gambar-gambar Achik Spin yang meninggal dunia, courtesy daripada blog ondscene di bawah. Video-video kereta Estima arwah yang sedang terbakar pula boleh dilihat di Facebook Pyan Bunga.

Achik Spin MPV Estima Hangus 1
Achik Spin MPV Estima Hangus 2
Achik Spin MPV Estima Hangus 3
Baca berita lanjut dari Utusan:
17/04/2010 8:42pm
SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.


Innallilah (To Allah we belong and to Him we shall return). May God blessed his soul.