Evolusi KL Drift 2 – Terlampau Bromance

Poster Evolusi KL Drift 2

Semalam, Bluecrystaldude bersama teman-teman sempat meluangkan masa menonton KL Drift 2 di panggung wayang di Sunway Carnival, Seberang Prai, Pulau Pinang. Secara keseluruhannya, cerita tersebut agak menarik, diselang seli dengan aksi drifting dan aksi pergaduhan yang nampak real. Oh dan poster Evolusi KL Drift 2 dapat menarik perhatian pengunjung wayang.

Walau bagaimanapun, Bluecrystaldude amat tidak menggemari Syamsul Yusof. Pada pendapat saya, seorang pengarah filem tidak sepatutnya memberikan watak utama kepada diri beliau sendiri. Kalau sudah pun kemaruk sangat nak berlakon, ambillah watak sampingan yang kurang impaknya di dalam cerita, seperti yang dilakukan oleh David Teo.

Sekiranya anda memang ingin menunjukkan kehebatan anda berlakon, cuba cari filem yang bukan dibuat oleh anda atau bapa anda. Tidak ada salahnya berlakon di dalam filem sendiri, tapi hendaklah berpada-pada. James Cameroon pun tidak berlakon dalam filem Avatar.

Setelah ketidaksukaan terhadap Syamsul Yusof ditolak ketepi, Evolusi KL Drift 2 banyak memperbaiki kesilapan filem yang pertama. Antara komen-komen yang didengar pada filem pertama adalah aksi driff yang dilakukan di atas lebuhraya yang kosong dan aksi pergaduhan yang nampak kaku dan tidak real. Evolusi KL Drift 2 sedikit sebanyak dibina bagi mengatasi kelemahan kelemahan ini. Kudos atas pemilihan watak antagonis yang spot on serta aksi drift yang dapat menarik minat penonton.

Evolusi KL Drift 2, Drifting
Filem ini dilingkari dengan persoalan persahabatan antara dua watak iaitu Sham, lakonan Farid Kamil dan Zack lakonan Syamsul Yusof. Persahabatan yang terlampau akrab ditonjolkan di dalam filem ini ada ketikanya nampak terlampau “bromantic”. Rasa macam gay couple pun ada. Haha.

Pelakon-pelakon lain seperti Scha al-Yahya dan Aaron Aziz sangat menonjol dengan watak masing-masing. Watak-watak antagonis yang berbahasa Mandarin dan berbahasa Melayu seperti masyarakat Cina Malaysia juga layak dipuji.

Konklusinya, Evolusi KL Drift 2 mempunyai aksi-aksi yang menarik, dibantu oleh para pelakon yang berkaliber yang dapat menutupi jalan cerita yang sederhana. Bluecrystaldude memberi Evolusi KL Drift 2 3.5 bintang!


P/S: This is the first time I am writing in Malay. It took me about 2 hours to write this movie review. Darn. Sorry in advance for any grammatical errors.


Sokonglah filem Malaysia!

Check out: Synopsis, Pictures